Friday, 29 June 2012

Penyusuan anak kembar - Kisah perjalanan penyusuanku

Penyusuan anak kembar tidak semudah yang disangka.. Memerlukan kesabaran yang tinggi, semangat, dorangan dan lain2 lagi lah.. Macam tu lah saya sekarang ni.. Sedar x sedar dah 2 tahun tempoh perjalanan penyusuan anak-anak kembar saya.. 

Anak-anak kembar saya dilahirkan pada 8 Julai 2010..dalam sekitar pukul 5 petang.. Mereka terpaksa dilahirkan seawal 36 minggu sebab sejak usia kandungan saya berusia 30 minggu anak kembar saya yang kedua tidak membesar. Saluran makanan hanya dapat pada si abang saje.. So adalah bahaya jika mereka tidak dilahirkan masa tu. Oleh sebab risau memikirkan keadaan bayi2 saya tu tekanan darah saya pon naik mendadak.. Lagi la bahaya.. huhuhuh... Akhirnya saya terpaksa melahirkan secara emergency... Alhamdulillah semuanya selamat... Cuma berat bayi2 saya tak mencukupi.. Si abang hanya 1.75 kg dan si adik 1.45kg.. huhu... sedihnya saya masa tu.. Maka tertahanlah anak2 saya tu di wad NICU HUKM.

1ST TWIN - MUHAMMAD AQEEL DANIEL
2ND TWIN - MUHAMMAD AQEEF DANIEL



Bayi2 saya ni ditahan di wad NICU tu lebih kurang dalam 3 minggu. Dalam masa tiga minggu tu saya berulang alik dari Puchong (rumah) ke HUKM setiap hari.. Untuk menyusukan mereka. Oleh kerana bayi saya ni di kategorikan sebagai bayi Pra-Matang, adalah penting untuk saya memberi mereka susu yang terbaik di dunia iaitu susu ibu.  Syukur alhamdulillah.. walaupun anak2 saya ketika itu tidak boleh direct feeding dengan saya kerana perlu minum susu melalui tiub, susu saya masih banyak.. Syaratnya saya haruslah pam untuk memastikan adanya stimulasi atau ransangan. Kalau tak pam, nanti cik B akan bengkak.. Demam pulak saya nanti..Kat situ saya dah belajar macam2.. antaranya cara nak stimulate baby agar dia nk nyusu.. Kangaroo Care dan macam2 lagi.. Nanti saya citerkan apa Kangaroo Care tu ye kt entri yang lain..

Bila dah masuk dalam wad tu faham2 je lah.. hari2 anak2 saya kena ambil darah.. Tak sampai hati dibuatnya.. Allah sahaja yang tahu macamana sayunya perasaan saya masa tu… Hari2 tak putus2 saya berdoa agar berat badan anak saya segera bertambah dan boleh dibawa pulang ke rumah…Tiga minggu telah berlalu akhirnya berat badan si kembar cukup 1.8kg dan dibenarkan pulang ke rumah dengan penjagaan rapi..

tadaaaa!!! kami dah bleh balik umah.. comel tak kami?

Kesimpulannya.. walau susah macamana pon kita time tu., sesibuk mana kita, cubalah sedaya upaya untuk susukan anak.. Jangan ada banyak alasan.. Sebab mendapat susu ibu itu adalah hak anak kepada ibunya dan akan dituntut di akhirat kelak. InsyaAllah dengan usaha, doa dan tawakkal pasti akan membuahkan hasilnya.

Alhamdulillah kami membesar dengan sihat
Tengok tu taim mama kat opis pon nk nyusu jugak

Wednesday, 27 June 2012

Cara kuruskan badan dengan Shaklee


Bila berat badan dah naik mesti rasa tension kan? Macam tu gak la saya…. Ye la dulu time anak dara kecik je.. Bila dah jadi mak dara ni badan dah membesar bagai johan.. huhuhuhu…. Badan saya start membesar tak surut2 sejak lahirkan anak sulung saya… Alhamdulillah bila saya dah start makan supplemen Shaklee baru la nampak perubahan.. Stop dulu citer pasal saya.. Jom kita baca pasal camana nak turunkan berat badan dengan Shaklee…
Dari apa yang saya alami dan pengalaman dari teman-teman, ada banyak cara untuk turun berat badan dengan produk Shaklee. Shaklee sebenarnya ada dua program untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan:
  • Body Perfector Program
  • Shape-Up Program

Body Perfector Program

Sebuah program untuk mereka yang terlalu sibuk hingga tak terjaga makan minum. Mereka yang tak mendapat makanan sihat dalam diet sehari-hari… Mereka yang tak makan secara teratur… Mereka yang selalu travel dan sukar untuk mendapatkan makanan pada masa-masa yang tetap. Ye lah, kadang2 bila terlalu sibuk, seseorang itu cenderung untuk mengambil makanan rapu, makanan segera dan sebagainya… yang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Ia samada menjadikan seseorang itu terlalu kurus atau gemuk.
Jadi, bagi mengekalkan berat badan ideal, Shaklee mengesyorkan produk di bawah:
Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.
Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.

Shape-Up Program

Shape-Up Program adalah untuk mereka yang mahu menguruskan badan, dan membuang lemak yang berlebihan dalam badan. Kebaikan program ini ialah ia menjadikan badan lebih ramping dan langsing, lebih bertenaga, lebih berkeyakinan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Produk untuk Shape Up Program terdiri daripada:

lecithin
Walau bagaimanapun, anda tak semestinya mengikuti program di atas dalam proses penurunan berat badan, terutama ibu menyusukan anak, kerana Cinch Shake Mix tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.
Antara alternatif untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee:

Bagi orang awam:
1. Set A dengan Lecithin
2. Set A dengan Lecithin dan Vitamin E
3. Set A dengan Fiber Plan Unflavoured
4. Set A dengan Fiber Plan Unflavored dan Lecithin

Bagi ibu menyusu:
1. Set B
2. Set B dengan Energizing Soy Protein
3. Set B dengan Lecithin
4. Set B dengan Energizing Soy Protein dan Lecithin
5. Set B dengan Fiber Plan Unflavored dan Lecithin

Istimewanya Shaklee kerana anda boleh memilih mengikut keperluan dan budget. Tak perlu nak berhabis semua benda untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Malah, jika anda mahu menjalankan ‘diet’ dengan cara mengurangkan pengambilan makanan (terutama kalori dan lemak), anda boleh dengan hanya mengambil Vitalea (multivitamin dan mineral) sebagai menyokong keperluan nutrisi harian.

Walau bagaimanapun, anda haruslah terus mengikuti konsep yang betul untuk menguruskan badan… misalnya menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata. Ia bertindak dengan begitu halus dengan tubuh badan anda, dan anda haruslah menyokongnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya.

credit : Mommy Lyna

Jeng..jeng.. jeng.. nak tengok gamba saya dulu dan skang tak? meh meh meh…




Gambar belah kiri ni time tahun 2007 kalau tak silap saya.. gumukkkss!!! hoohohoho!!! gambar sebelah kanan ni gambar terbaru saya tahun 2012.. Nak kata saya kurus macam model tu takde la… Cuma dapat la kurangkan berat badan dalam 13kg buat masa ni. .Alhamdulillah.. Saya makan apa ye? Tentu lah Shaklee…. Sebab ia semulajadi dan selamat untuk ibu menyusukan sebab saya adalah seorang ibu yang sedang menyusukan.  Ngee!!!!!!


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria  ~ Inajay@Jom Makan Vitamin
 ~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp :  013-6969805

Monday, 25 June 2012

Cara atasi susu ibu kurang

Bagi ibu yang menyusukan anak, terutama ibu bekerja, masalah yang paling utama dan kerap dihadapi ialah bila susu ibu kurang dari biasa. Biasanya ibu mengalami keadaan susu ibu kurang bila:
  • Ibu dah mula bekerja
  • Ibu mula kedatangan haid
  • Puasa
  • Ibu tidak konsisten mengepam susu
  • Anak mulai makan dan kurang menyusu
  • Ibu outstation dan kurang mengepam susu
  • Ibu mengandung lagi
  • Ibu mengambil ubatan tertentu
  • Ibu dalam keadaan stress
Walau bagaimanapun, konsep penyusuan ialah “bekalan berdasarkan permintaan” jadi selagi ada permintaan (hisapan anak atau pam), susu ibu akan terus ada (sekiranya ibu mengepam dan menyusukan anak).
Susu yang cair atau pekat bergantung kepada cuaca, umur anak dan praktik ibu. Misalnya ibu yang suka mengepam semasa payudara bengkak akan dapati susu badan yang diperah kelihatan cair. Susu ibu adalah susu paling berkualiti, walaupun ibu sendiri kekurangan nutrisi.

Namun, sebagai wanita masakini yang multitasking, ibu ada pilihan untuk menjalani hidup yang lebih baik dengan pengambilan supplement. Bukan sahaja ia membantu dalam kehidupan harian (dalam hal mempercukupkan zat yang kurang) tetapi juga melancarkan proses penyusuan. Misalnya, susu ibu mungkin kurang bila ibu stress atau tertekan. Jadi, pengambilan B Complex sangat bagus untuk melegakan tekanan pada badan dan otak.

Ibu bukan sekadar ibu, ibu juga adalah isteri, anak, kakak kawan, pekerja dan banyak lagi peranannya. Jadi ibu memerlukan sokongan yang kuat. Lebih-lebih lagi di zaman yang terlalu banyak pencemaran.
Jadi, pilihan untuk mengambil suplemen adalah sangat tepat bagi ibu yang sentiasa kepenatan. Antara pilihan ialah:

  • Vita-Lea
  • B Com
  • Vita-C
  • Ostematriz
  • Energizing Soy Protein
  • Alfalfa

*Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos
merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

credit : Mommy Lyna

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria  ~ Inajay@Jom Makan Vitamin
 ~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp :  013-6969805

Wednesday, 20 June 2012

Bertenaga berpuasa dengan Mighty Triple Gems

Hai semua... hari ni saya nak sharekan pula tentang beberapa produk Shaklee yang boleh diambil semasa bersahur bagi memastikan badan sentiasa bertenaga hingga waktu berbuka. InsyaAllah... Ramai jugak yang tanya.. apa supplement yang boleh diambil.. maklum la ada yang terpaksa bekerja di bawah terik matahari, ada yang kena mengajar.(cikgu), ibu yang menyusukan anak dan macam-macam lagi..

Jom baca info tentang suplemen Mighty Triple Gems ni.:

Mighty Triple Gems : Gabungan tiga jenis suplemen dari Shaklee iaitu ESP, Mealshake dan Performance Drink.

Energizing Soy Protein (ESP) : 


  •  Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga, 
  • Memberikan rasa kenyang 
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat


Meal Shake


  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


**Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.
- Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.


Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua

Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.

Performance drink :


  • - Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • - Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • - Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • - Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • - Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk men
  • ambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • - Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu
  • .- Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)- Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • - OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

credit 

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat & Ceria  ~ Inajay  @Jom Makan Vitamin
 ~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp :  013-6969805

Thursday, 14 June 2012

10 Jenis Makanan Untuk Menjadi Lelaki “Gagah Perkasa”


Haaaaa!!! Macam menariknya bunyinya tu kan? ha…. memang gerenti la lelaki suka tajuk ni… Tapi perempuan pon ada gak yang suka.. termasuk la saya..hehehe…ye  la untuk suami tersayang.. ok jom kita baca apa sebenanye makanan untuk kaum adam nak jadi gagah  perkasa…




10 Makanan  Untuk Menjadi Lelaki “Gagah Perkasa”

1. Ikan
Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain itu, ikan juga membantu dalam fungsi otak,merendahkan kolestrol dan membantu peredaran darah dalam badan. Ikan juga merupakan sumber Vitamin B yang baik untuk kesihatan.

2. Biji Bunga Matahari


Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Vitamin B1 ini membantu untuk meningkatkan stamina lelaki untuk beraksi.
Kuaci adalah biji bunga matahari tetapi tidak berani nak katakan ianya bagus kerana dalam kuaci mungkin ada bahan pengawet.


3. Kekacang


Kekacang yang disyorkan adalah badam kerana mempunyai asid lemak yang penting. Selain kaya dengan vitamin pemberi tenaga (B3) ia juga menggalakan pengeluaran hormon lelaki yang penting dalam mengawal nafsu seks.


4. Buah Oren


Kebanyakan kita tahu, buah oren mempunyai vitamin C yang tinggi dimana baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah untuk memberi kepada lelaki ereksi yang lebih lama.


5. Daun Saderi


Kalau anda ke wikipedia boleh baca banyak sebenarnya khasiat daun saderi ini tetapi dalam topik untuk “Lelaki Gagah Perkasa” ini daun saderi baik untuk stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon ‘androsterone’. Hormon inilah yang dikeluarkan oleh lelaki ketika berpeluh yang dikatakan mampu merangsang naluri seksual wanita.
Jadi, tidak hairan la kenapa ramai isteri yang suka tido celah ketiak suami. Orang lain kata busuk, isteri kata sedap….


6. Biji Labu


Biji labu mengandungi elemen zink dimana penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Juga baik untuk wanita untuk mengekalkan ghairah seksual. Biji labu juga kaya dengan Omega-3 yang memainkan peranan seperti menambah kekuatan,keinginan dan kesuburan.


7. Jeruk Kubis


Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah makan jeruk kubis, jeruk bawang putih biasa la. Apa pun dikatakan kajian menunjuk 90% lelaki menjadi lebih aktif secara seksual selepas makan jeruk kubis. Jeruk kubis ini akan meningkatkan libido (naluri seks) ke tahap yang lebih tinggi.
Jadi para isteri jangan bagi makan pada suami sesuka hati jeruk kubis ini.


8. Pisang


Pisang adalah makanan pemberi tenaga. Sebab itu kalau anda tengok selalunya pemain bola atau ragbi akan dibekalkan dengan pisang. Pisang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Juga kaya dengan Vitamin B (riboflavin dan potasium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan tambah tenaga.


9. Avokado


Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi dimana membantu memproses protein secara metabolisme kemudiannya menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki.
Juga baik untuk wanita kerana mampu meningkatkan libido wanita.


10. Asparagus


Mengandungi vitamin E yang tinggi.Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dikatakan juga boleh melihat kesannya jika makan asparagus selama tiga hari berturut-turut.

Akhir kata, saya bukan seorang doktor malah jauh sekali seorang pakar seksual. Jadi, saya hanya olah sahaja. Nak tahu apa supplemen Shaklee yang sesuai untuk lelaki, nantikan entri saya akan datang ye…

credit


Tuesday, 12 June 2012

Makanan Tambahan untuk ibu menyusu yang berpuasa


Salam semua.. pejam celik pejam celik.. kita dah bertemu lagi dalam bulan Rejab.. Beberapa hari lagi nak bertemu Syaaban dan opkos tak sabar nak bertemu bulan barakah iaitu Ramadhan tak lama lagi.. Alhamdulillah semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan bulan Ramadhan..
Pada bulan Rejab dan Syaaban kita masing-masing sibuk berpuasa untuk mengejar pahala sama ada puasa ganti atau pon puasa sunat. Tak lupa juga persediaan untuk menghadapi Ramadhan nanti. Oleh sebab itu saya sering dihujani soalan apakah persediaan dan supplemen untuk ibu yang menyusu yang ingin berpuasa.  Jawapannya ada.. Jom kita baca sama2 perkongsian ini :-

PERSEDIAAN FIZIKAL
Anda seorang ibu yang menyusukan anak, samada seorang surirumah yang mampu direct-feed sepanjang masa, mahupun seorang work-and-pump-mom ; persediaannya adalah sama. Anda harus berada dalam tahap kesihatan yang optimum. Makan secara teratur dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang harus diamalkan sedari kini. Jangan sesekali skip makan dan pastikan tubuh anda cukup air. Pengambilan suplemen sangat membantu bagi memenuhi keperluan vitamin yang tubuh anda tidak mampu perolehi daripada pengambilan makanan harian.
Cadangan suplemen semasa berpuasa :-

  1. Protein - cadangan SHAKLEE ESP : untuk tenaga dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.
  2. Multivitamins - cadangan SHAKLEE Vita-Lea with Iron Formula : memastikan tubuh kita tetap mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan meskipun sedang berpuasa
  3. Vitamin C - cadangan SHAKLEE Sustain-Release Vita-C 500mg : membantu kita kekal sihat sepanjang berpuasa
  4. B Complex - cadangan SHAKLEE B Complex : vitamin ini menukarkan gula kepada tenaga sekaligus membuatkan kita kekal bertenaga, memberi mood yang stabil di samping membantu keseimbangan aktiviti sel tubuh
  5. Energy Drinks - cadangan SHAKLEE Performance Drink : membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah supaya ibu tidak mudah letih (ataupun pengsan) dan juga mengelakkan dehidrasi.
  6. Alfalfa - pilihan lain bagi ibu-ibu yang ada kekangan budget membeli ESP.
Walaubagaimanapun, perlu saya tekankan di sini, bahawa ini adalah cadangan dan pengambilan suplemen adalah bergantung kepada keperluan tubuh anda. 
PERSEDIAAN MENTAL
Persediaan mental juga penting kerana ia membantu anda untuk lebih bersemangat dan ceria berpuasa sambil menyusukan anak (malah mungkin juga ada yang sedang hamil! tripple happiness during ramadhan kan?)
  1. Menjaga solat yang wajib
  2. Mengamalkan solat-solat sunat
  3. Membaca dan mentafsir Al Quran
  4. Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa
credit : supermom


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat & Ceria  ~ Inajay  @Jom Makan Vitamin
 ~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp :  013-6969805

Wednesday, 6 June 2012

Kenapa harus pilih Shaklee?

Hai semua.. Berjumpa kita di blog yang baru... Blog saya sebelum ni di http://inajayjay81.ads4blog.net. Banyak pengubahsuaian ingin saya buat di sini.. Hari ni saya nak buat sikit coretan tentang kebaikan produk Shaklee dan kenapa kita harus pilih supplement Shaklee dalam kehidupan kita. Di sini saya kumpulkan beberapa fakta mengenai kebaikan supplemen Shaklee :

Kenapa harus pilih Shaklee : 

  • Shaklee telah berada di pasaran Malaysia lebih dari 50 tahun
  • Shaklee adalah terdiri dari bahan-bahan semulajadi dan diproses dengan secara semulajadi
  • Shaklee bukan vitamin sintetik (tiruan)
  • Shaklee tiada silica gel.
  • Shaklee Halal dan diyakini.

Kesan utama setelah mengambil vitamin Shaklee adalah : 

  • Badan akan rasa lebih bertenaga (bagi yang kurang minum air badan akan menjadi semakin letih)
  • Mood yang lebih stabil
  • Badan tidak akan rasa mudah lesu dan letih
  • Sentiasa rasa bersemangat
  • Fikiran lebih positif
  • Tidak mudah stress
  • Tekanan darah akan lebih stabil
  • Melancarkan sistem perkumuhan
  • Badan mempunyai sistem imun yang tinggi
  • Mendapat kebaikan berterusan


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Jom Makan Vitamin" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!

Salam Sihat & Ceria  ~ Inajay  @Jom Makan Vitamin
 ~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone : 013-6969805



Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Jom Join Saya

Promosi Terkini

Promosi Terkini

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Follow by Email

Powered by Blogger.