Monday, 27 August 2012

Kenapa sekian lama saya makan vitamin tetapi masih belum berkesan?

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :




1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.


Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.


Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.



* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750 
 

Thursday, 16 August 2012

Pentingkah pengambilan kolagen.


Apa tu kolagen?

Kolagen adalah merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia, Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat akan menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda. 

Kedudukan kolagen dalam kulit kita


Sebab dan Kesan kehilangan kolagen

Semakin usia kita meningkat, semakin berkuranglah kolagen di dalam badan kita. pengurangan kolagen akan menyebabkan pembentukan kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain seperti : 

  • kulit berkedut, kering dan melayut
  • kuku rapuh dan tidak kukuh
  • rambut halus dan gugur
Bukanlah maknanye kita nak melawan takdir tuhan, tapi kemerosotan semulajadi ni boleh dipulihkan dengan makanan tambahan. Maknanya proses penuaan ni lambat la sikit. Kadang-kadang ada sesetengah orang tu muka nampak lebih tua dari usia.. itu yang kita tak nak kan? Tak salah kalau kita mengambil suplemen kolagen untuk kesihatan diri kita sendiri. 

"Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda  bekalah kolagen yang mencukupi"

Ok, nantikan entri seterusnya dari saya mengenai Shaklee Collagen Powder.. Memang best!! Tunggu ye... 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750 
 

Friday, 10 August 2012

4 Set Penyusuan Yang Sangat Popular

Tidak dinafikan Set Penyusuan Shaklee adalah di antara permintaan yang paling tinggi bagi ibu-ibu menyusu. Bagi ibu-ibu yang tidak tahu untuk memilih set menyusu yang manakah yang sesuai dan terbaik bagi mereka, di sini saya sertakan senarai set-set penyusuan tersebut. 

Empat set itu ialah:

1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
2. Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
3. Set E
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.
4. Set 3M
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama….

“Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.

credit

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750 

Sunday, 5 August 2012

Istimewanya Performance Drink di bulan puasa



Performance Drink adalah minuman isotonik yang dikeluarkan oleh Shaklee. Ia Mampu memberi kecergasan dan sesuai untuk seisi keluarga. Amat disyorkan sepanjang berpuasa dan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh. Selain itu, Performance Drink berperisa oren ini istimewa kerana

  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Amat sesuai untuk mengelakkan kemeruduman susu ketika berpuasa (bagi ibu yang menyusukan) kerana ia  membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. 
  5. Sesuai juga diberikan kepada kanak-kanak yang demam 
  6. Sesuai juga diambil oleh pesakit Diabetis kerana  dapat memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

The Shaklee Difference : Formula OPTI-LYTE

Opti-Lyte adalah campuran saintifik elektrolit untuk menyokong tahap penghidratan optimum. Ia terbukti secara klinikal untuk penghidratan yang lebih baik daripada air dan mempunyai lebih banyak elektrolit dari jenama yang terkemuka.

Formula khas Opti-Lyte ini juga digabungkan dengan gabungan karbohidrat unik untuk memberikan tenaga segera dan berterusan serta menyokongpenghidratan optimum.

Gabungan karbohidrat yang dimaksudkan (dulu dikenali sebagai formula OptiCarb), termasuk glukosa, fruktosa dan maltodekstrin. Glukosa dan fruktosa adalah karbohidrat ringkas untuk penyerapan yang cepat.Maltodekstrin adalah karbohidrat yang lebih kompleks yang direka untukmemanjangkan penyerapan untuk membantu mengekalkan tenaga dan daya tahan.

 


Testimonial Performance Drink ketika berpuasa


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750 

Anda diserang gastrik? Energizing Soy Protein boleh membantu

Ramai yang menganggap ‘gastrik’ itu hadir disebabkan tidak makan, atau kurang makan, atau terlalu ‘berdiet’ sehinggakan perut menjadi kosong lalu dimasuki angin. Hakikatnya, itu bukanlah satu-satunya punca gastrik itu terjadi. Kadang-kadang orang yang makan 5-6 kali sehari pon boleh diserang gastrik.


Tanda-tanda umum Gastrik


  • Perut terasa kembung membulat terutama di bahagian atas (bloating) selepas makan, meskipun hanya makan dalam jumlah yang sedikit
  • Sendawa berterusan
  • Terasa ‘sakit mencucuk’ pada bahagian atas perut (epigastric)
  • Nausea selepas makan (rasa mual)
  • Muntah (sehingga habis semua isi perut yang keluar, sampai satu tahap yang keluar itu hanya angin dan cecair berwarna hijau/kuning)
  • Hilang selera makan
  • Jika terlalu kronik, pengidap akan mengalami penurunan berat badan yang tidak diingini

Punca-punca umum Gastrik

Mungkin ramai mendakwa gastrik hanya hadir apabila seseorang itu mengamalkan diet yang terlalu ekstrim atau selalu tidak mengambil makanan. Hakikatnya itu tidak benar sama sekali. Gastrik boleh hadir disebabkan oleh banyak faktor, antaranya:

  1. Makanan pedas – Makanan pedas adalah lambat dan sukar untuk dicerna dan oleh yang demikian perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut. Ini menjelaskan mengapa makanan seperti cili dan lada mampu meningkatkan kesan thermal makanan (lebih kalori diperlukan untuk mencernakannya, sekaligus meningkatkan metabolisma)
  2. Makanan masam – Makanan yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya gastrik.
  3. Makanan berminyak/berlemak (kecuali minyak zaitun) – Makanan berlemak juga agak sukar untuk dihadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan.
  4. Merokok – dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincter(LES; rujuk rajah di atas) yang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan.
  5. Minuman berkafein (teh, kopi) – juga mampu merangsang rembesan asid perut
  6. Makanan yang “berangin”, meskipun kebanyakkan doktor perubatan tidak percaya ini merupakan punca utama gastrik, namun berdasarkan pengalaman aku kesannya tetap ada walau sedikit untuk membuatkan perut terasa penuh (bloated)
  7. Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drug) yang berterusan dan terlalu kerap (seperti aspirin) akan menyebabkan hakisan dinding perut, ini meningkatkan peluang untuk kawasan tersebut mengalami kesakitan apabila dijamah asid perut.
  8. Stress/ tekanan emosi – apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika stress.
  9. Jangkitan bakteria H. Pylori – bakteria ini dikatakan mampu membuat dinding perut menjadi luka (gastric ulcer)
  10. Kurang/tidak bersenam

credit to :click here

Untuk pengetahuan anda semua, Energizing Soy Protein dari Shaklee juga boleh membantu masalah gastrik yang anda alami selama ni. Cuma amalkan 3 sudu sehari sudah mencukupi.




Keistimewaan Energizing Soy Protein

  • Mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. 
  • Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan sumber tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. 
  • Sesuai untuk semua peringkat umur 
  • Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Jom kita baca testimonial pengguna-pengguna setia ESP berkenaan gastrik mereka.

Testimonial dari Puan Dila 


Testimonial dari Puan Azrin


Testimonial dari Puan Nora



* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750 

Saturday, 4 August 2012

Tanda-tanda anda mengalami 'Healing Crisis'



Hai semua… Hari ni Ina nak share dengan anda semua berkenaan “Healing Crisis”. Apa makna healing crisis tu? Healing crisis tu maknanya krisis penyembuhan..Sebab ada sebilangan pelanggan saya bertanya kenapa bila makan supplement Shaklee ni kepala jadi pening, tumbuh jerawat, tumbuh ruam dan sebagainya…



Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.

  • penat melampau
  • sangat mengantuk
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya
  • sakit kepala
  • pening


HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa all those junkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul. Apa yang kita perlu buat ialah, drink loads and loads of water to help the body to flush out all of those junkies and toxins. Remember, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.

Jom kita tengok perkongsian puan cery tentang healing crisis.

Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita mendapatkan vitamin c dengan memakan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee
2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya
3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:

Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.
Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.
Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya.

Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement. untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang2nya 3 liter air sehari.

So, kepada anda2 yang menghadapi Healing Crisis time mula2 ambil Shaklee jangan la risau… Sebab healing crisis ni kejap je.. tak lama pon… Jangan tak makan terus.. Rugi tau beli mahal2 tapi dah tak makan langsung… Yang penting anda kena bersabar untuk jaga kesihatan..Sebab vitamin ni bukannya ubat, makan hari ni esok terus sembuh..Kalau anda ada apa2 masalah berkaitan pengambilan vitamin ni, terus hubungi saya ye


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay @ Jom Makan Vitamin
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Jom Join Saya

Promosi Terkini

Promosi Terkini

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Follow by Email

Powered by Blogger.