Tips berkesan untuk ibu yang ingin berjaya dalam penyusuan.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Masih diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini... dan sekali lagi saya bersyukur kerana telah berjaya menyusukan kedua anak kembar saya sehingga berumur dua tahun. Hari ni saya nak sharekan la dengan anda semua beberapa tips yang membawa kesan terbaik untuk mengatasi masalah penyusuan seperti susu sikit, letih, anak tak puas menyusu dan sebagainya..Jom kita baca apa
Kenangan masa susukan baby kembar saya |
1. Menjaga waktu solat dan berdoa
Apa kaitan solat dengan doa penyusuan? Solat atau doa adalah tanda kita bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan. Susu yang keluar dari tubuh ibu itu adalah dengan izinNya. Sebagai muslim, kita sepatutnya menaruh harapan yang tinggi kepada Allah SWT dan sentiasa berdoa agar Allah memudahkan perjalanan rezeki untuk anak kita. Doa yang boleh diamalkan oleh setiap ibu yang menyusukan :
Yang bermaksud :
8) Allah mengetahui akan apa-apa yang dikandung oleh setiap ibu dan mengetahui tiap apa-apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. dan setiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu
9) Dialah yang mengetahui segala perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia juga lah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi (yang mengatasi segala-galanya)
2. Menjaga pemakanan.
Setiap ibu yang menyusukan haruslah berwaspada dengan setiap makanan yang diambil. Maksud berwaspada di sini adalah ibu seharusnya tidak mengambil sebarang makanan yang akan menjejaskan pengeluaran susu contohnya mengambil pemakanan tidak seimbang. Ibu perlu memastikan pengambilan makanan hariannya penuh dengan zat yang lengkap sebagaimana yang diperlukan oleh anak yang menyusu itu.
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam. Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul. Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijirin, keju dan yogurt.
* Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang. KLIK SINI
3. Kekerapan penyusuan
Kebanyakan ibu pada zaman moden ini adalah ibu yang bekerjaya. Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak mempunyai masalah seperti yang dihadapi oleh ibu bekerjaya. Perlu diingatkan bahawa "kekerapan penyusuan akan menghasilkan susu yang banyak". Bagi mengatasi masalah ini, ibu bekerjaya perlulah mempunyai jadual mengepam yang tetap dan perlu disiplin. Mengapa perlu jadual yang tetap? Apabila kita mengepam susu pada waktu yang sama, ransangan pengeluaran susu akan sentiasa ada.
contoh jadual pam susu |
* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750
0 comments:
Post a Comment