Sunday 22 September 2013

Tips hilangkan "morning sickness" ketika hamil


Morning Sickness bermaksud perasaan mual yang disertai muntah atau tidak di awal tempoh kehamilan (1st trimister) Morning sickness ni selalu berlaku di awal pagi ketika baru bangun tidur hinggalah sampai waktu tengahari. Morning Sickness biasanya hanya berlaku pada minggu pertama hingga ke minggu 13 kehamilan. Akan tetapi ada juga ibu hamil yang mengalami morning sickness ini sepanjang tempoh kehamilannya. Ikutkan saya dulu rasanya tak sabar nak tunggu tempoh morning sickness ni habis. Tak larat rasanya. Hanya ibu2 yang pernah hamil saja yang tahu perasaannya.. Kan??



Gejala-gejala morning sickness :

  • Rasa mual
  • Hilang selera makan
  • Muntah
  • Tak bermaya
  • Pening kepala

Penyebab morning sickness :

  • Hormon hCG -
    Hormon ini meningkat dengan tinggi di awal kehamilan. Semakin tinggi hormon hCG pada seorang ibu, semakin tinggilah rasa loya pada ibu
  • Hormon Estrogen
    Hormon ini juga meningkat di awal kehamilan menjadi salah satu punca ibu hamil berasa loya.
  • Sensiviti terhadap bau
    Ibu hamil juga mudah sensitif terhadap bau-bauan atau sesuatu aroma di sekelilingnya. Ini berkemungkinan di sebabkan meningkatnya hormon estrogen pada ibu hamil itu sendiri
  • Perut yang sensitif
    Beberapa kajian mendapati ibu hamil yang mempunyai bakteria perut yang dipanggil Helicobacter Pylori adalah lebih cenderung mengalami loya yang lebih teruk
Tips hilangkan gejala morning sickness ;

  • Dapatkan rehat yang cukup -
    Tidurlah dengan lena di waktu malam dan tidurlah sebentar di waktu tengahari
  • Bangun perlahan-lahan -
    Ketika bangun pagi, elakkan dari rasa kelam kabut. Ambil masa dahulu. Ini mampu mengelakkan ibu hamil dari berasa pening
  • Pilih makanan -
    Elakkan dari makan makanan yang pedas dan berminyak. Pengambilan kafien juga harus dielakkan
  • Makan dalam portion yang kecil -
    Elakkan makan dengan banyak sekaligus sepanjang tempoh ini. Makan biarlah sikit tetapi kerap.
  • Aktiviti fizikal -
    Banyakkan pergerakan fizikal mampu mengelakkan morning sickness. Jadi jom window shopping :)
  • Pengambilan cecair -
    Minumlah air dengan banyak. Ibu hamil yang seringkali muntah akan kehilangan banyak air di dalam badannya. Oleh itu air perlu diminum dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi. Minum air yang berasa masam juga seperti air limau dapat membantu menghilangkan rasa loya.
  • Pastikan fikiran tidak kosong -
    Elakkan dari sentiasa termenung dan sebagainya. Buatlah sebarang aktiviti seperti membaca, dan berbual-bual dengan rakan
  • Cium bau segar -
    Ibu hamil sangat alah pada bau yang busuk. Oleh itu carilah bau-bauan yang segar seperti lemon dan daun rosemary

Supplement yang boleh diamalkan :

  • Vitamin ibu hamil - Pengambilan vitamin ini dapat meningkatkan nutrisi kepada ibu hamil
  • Peppermint Ginger Plus - Pengambilan vitamin ini dapat membantu membuangkan angin di dalam badan. Vitamin ini boleh diambil jika benar-benar ibu itu memerlukan. Di awal pengambilan, cukup sekadar sebiji sehari. 

  • Ostematrix - Ibu hamil memerlukan pengambilan kalsium yang cukup. Kekejangan otot yang sering dialami oleh ibu hamil menunjukkan si ibu memerlukan kalsium.

  • Vit C Chewable Plus - Rasanya yang masam dapat membantu ibu menghilangkan rasa loya. Pengambilan vitamin C juga dapat meningkatkan antibodi ibu.

  • Performance Drink  - Pengambilan performance drink dapat membantu ibu dari dehidrasi akibat muntah yang berpanjangan. Rasanya yang masam juga dapat menyelesakan tekak ibu.




Walau apa pun yang berlaku, sebagai umat Islam, kita harus menerima keadaan ini sebagai ujian dari Allah. Ketahui lah besar ganjarannya kita mengandungkan zuriat suami. Hadapilah morning sickness ini dengan tabah. 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.