Wednesday, 23 July 2014

Khasiat limau nipis dalam Perubatan Islam

Ha... menarik plak saya rasa tajuk post ni... saja nak share dengan kawan-kawan semua.. Selalu tak kita dengar dalam perubatan islam ustaz2  guna limau nipis sebagai salah satu kaedah rawatan... jom kita baca apa khasiat limau nipis ni sebenarnye yang saya ambil dari blog ni


Kenapa guna limau?


Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah selain manusia.

Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak terhingga.

Maka khasiat mandi limau berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.


Ok... so dengan penerangan dan perkongsian bacaan yang saya kongsikan ni dapatlah kiranya beri jawapan yang selalu bermain di minda saya... Moga ia memberi manfaat kepada semua.. InsyaAllah...

0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Jom Join Saya

Promosi Terkini

Promosi Terkini

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Follow by Email

Powered by Blogger.