Thursday 19 May 2016

Rahsia kekal bertenaga berpuasa penuh walaupun menyusukan

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi seluruh umat Islam nak menyambut Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Tak sabar rasanyakan.. Dalam nak menyambut bulan Ramadhan ni, saya percaya tentu ada ibu-ibu yang menyusukan terdetik dihati mereka macamana nak kekal bertenaga atau pun susu cukup ke bila berpuasa nanti. Jangan risau ye ibu-ibu semua. Pasti ada jalannya.

Saya juga merupakan ibu yang sedang menyusukan ketika ini. Ramadhan nanti genap la anak kecil saya berumur 5 bulan. Saya menyusukan sepenuhnya anak saya di rumah kerana pada tahun ini saya telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Niat saya untuk menjadi suri rumah dah lama diidamkan dan alhamdulillah Allah makbulkan niat murni saya. 

Berbalik pada cerita asal tadi, kalau korang nak tahu, saya juga telah berjaya menyusukan anak-anak saya sebelum ni sehingga mereka berumur 2 tahun. Dan paling mencabar sekali menyusukan anak-anak kembar. Dah la kembar, lelaki pulak tu. Dan semestinya baby boy ni kuat menyusu dari baby girl. Betul tak? Hehehe... Alhamdulillah sepanjang tempoh penyusuan anak-anak saya tu, saya telah berjaya berpuasa penuh tanpa tinggal sehari pon. Saya juga berdoa agar saya juga berjaya berpuasa penuh pada tahun ini insyaAllah.

gambar tahun bila ntah ni. anak2 kecik lagi
Mesti nak tahu kan rahsia saya boleh berpuasa penuh walau menyusukan.. Ok jom baca :

1) Doa


Malam sebelum esok nak puasa tu, hari-hari saya berdoa agar Allah memudahkan perjalanan penyusuan saya semasa berpuasa ni. Sebab asbab apa yang berlaku kat kita ni pon dengan izin Allah. So jangan lupa berdoa.

2) Sahur


Sahur memang penting ye ibu-ibu. Jangan langsung skip bersahur. Walau macamana ngantuk tahap gaban pon, kita mesti bangun sahur. Kan dapat pahala. Free -free je Allah bagi. Dah la siapkan makan sahur untuk suami dah anak-anak, berganda-ganda la pahala kita dapat. Bersahur ni penting.. kalau kita tak bersahur, dah tentu kita tak de tenaga untuk berpuasa. Bila tak bertenaga maka susu pon tak kan terhasil dengan baik dan banyak. Kita kena kuat demi anak kita. InsyaAllah

3) Amalkan supplement Shaklee


Ha part ni memang jangan tinggal langsung.  Supplement memang kena ambil bagi membantu kita menambahkan tenaga. Vitamin yang saya ambil adalah :


  • ESP - untuk tenaga dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.
  • Vitalea -  memastikan tubuh kita tetap mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan meskipun sedang berpuasa
  • Vitamin C - membantu kita kekal sihat sepanjang berpuasa
  • B Complex - vitamin ini menukarkan gula kepada tenaga sekaligus membuatkan kita kekal bertenaga, memberi mood yang stabil di samping membantu keseimbangan aktiviti sel tubuh
  • Performance Drink - membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah supaya ibu tidak mudah letih (ataupun pengsan) dan juga mengelakkan dehidrasi.

4) Minum air


Perlu diingat ye, walau pon berpuasa kita perlu minum air dengan cukup iaitu 3 liter sehari. Ini adalah sangat penting bagi menjamin ibu tidak dehidrasi ketika berpuasa.

Ok setakat ni je dulu perkongsian saya.. kita sambung di next entry ye. Saya mendoakan agar kita sama-sama kekal bertenaga dapat berpuasa penuh walau pon menyusukan. Walau ada rukhsah atau keringanan untuk ibu-ibu menyusukan berpuasa tapi tak salah kalau kita berikhtiar untuk berpuasa. Betul tak? 

0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.