Tuesday 29 November 2016

Himpunan testimoni berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Adakah anda di antara pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi masih lagi belum dikurniakan zuriat? Jangan bersedih, hadapilah ujian ini dengan tabah dan redha. Walaupun kita redha tak semestinya kita berdiam diri tanpa usaha. Betul tak? Bagi anda yang telah pon membaca entry saya tentang Set Kesuburan Shaklee,  kali ni saya nak share pula  tentang testimoni mereka yang telah berjaya hamil dengan ikhitar mengamalkan Set Kesuburan Shaklee.

Testimoni 1

berjaya hamul dengan vivix

Testimoni 2



Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Testimoni 6



Alhamdulillah, semua ini adalah ketentuan dari Allah, kita sebagai hambanya hanya perlu berikhtiar serta berdoa. Jika anda berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee, bolehlah hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



Cerita tentang Shaklee Trip 2016 : Pulau Langkawi

Pada setiap tahun, Shaklee menyediakan insentif trip kepada semua pengedar-pengedar Shaklee sebagai tanda penghargaan Shaklee kepada pengedar-pengedarnya yang telah bekerja keras.. insentif trip ni ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee.. Untuk dapatkan insentif ni, kami perlu mencapai point2 yang tertentu yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Insentif ni pula terbahagi kepada dua. Insentif trip dlm negara dan insentif trip diluar negara.

Insentif trip yang Shaklee bagi ni amatlah istimewa. Layanan 1st class lagi.. tempat yang ditaja pon tempat eksklusif. Kalau nak pergi guna duit sendiri memang fikir banyak kali. hehe...

Baru-baru ni leader-leader kami yang layak telah diberi keistimewaan untuk bercuti di Pulau Langkawi. Fuh! Memang best dengar cerita-cerita diorang ni. Ok, saya share sikit pengalaman mereka di sana ye. 

duit makan Shaklee bagi
Selain dari tajaan penginapan. duit makan di luar pon Shaklee bagi.  Nak tahu mereka ni menginap kat mana di Pulau Langkawi ni? Mereka menginap di Westin Hotel tau. Kalau check harganya satu malam rata-rata dalam RM 800 hingga ke ribuan ringgit. Betapa beruntungnya mereka dapat peluang ni, Ketibaan mereka di sana pun disambut dengan paluan kompang.

Yang bestnye kalau join trip dengan Shaklee memang akan dilayan macam VVIP .Bilik yang disediakan pula memang cantik dan selesa...setiap kali masuk bilik mesti ada special gift dari Shaklee..






Semasa berada di sana. mereka disediakan dengan macam-macam aktiviti menarik. Makan pon yang sedap-sedap. Bestnya. Anda tengok la ye gamba ni..








Hai seronoknya la kan tengok gamba-gamba mereka ni. Tengok gamba pon dah seronok apatah lagi kalau mereka yang pergi trip ni. Mana gamba saya? Eh, saya masih belum berpeluang nak join trip Shaklee ni. InsyaAllah satu hari nanti saya juga akan bersama mereka-mereka ni untuk join trip mewah Shaklee ni. Takde yang mustahil. Jadikan insentif-insentif ini sebagai penguat semangat saya untuk bekerja keras lagi di dalam Shaklee.. Amin ya rabbal alamin...




Monday 28 November 2016

Kat mana nak cari Shaklee di Putra Height, USJ, Subang Jaya dan Puchong?

Anda tercari-cari pengedar Shaklee yang berada di sekitar Putra Height, USJ, Subang Jaya dan Puchong? Jangan risau. Apa yang perlu anda buat hanyalah perlu menghungi saya melalui whatsapp atau sms di talian tertera :

Saya akan membantu anda dalam mendapatkan vitamin-vitamin yang anda perlukan atau set-set Shaklee seperti di bawah :


  • Set Kesihatan Asas
  • Set Kesuburan
  • Set Kecantikan Kulit
  • Set Jerawat
  • Set Darah Tinggi
  • Set Kencing Manis
  • Set Ibu Hamil
  • Set Berpantang
  • Set Ibu Menyusukan
  • Set Resdung /Alahan / Ekzema
  • Set Gout
  • dan bermacam-macam lagi
Anda berada di luar kawasan Putra Height, USJ, Subang Jaya dan Puchong? Jangan risau, saya boleh poskan vitamin anda hingga ke hadapan rumah anda. Jom hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA

Cara mengira bonus Shaklee Malaysia

Hai semua. Hari ni saya nak sharekan bagaimana cara nak kira bonus Shaklee. Semua yang menjadi ahli Shaklee perlu tau info ni. Tak kira lah yang makan sendiri atau pun yang buat bisnes dengan Shaklee ni. Yang buat bisnes lagi la perlu ambil tahu. Betul tak?


Ok, dalam Shaklee Malaysia, Shaklee menawarkan 3 jenis bonus iaitu :

  • Bonus tunai
  • Bonus kereta
  • Bonus percutian

Cara mengira bonus tunai Shaklee

Untuk pengetahuan anda, bagi kami pengedar-pengedar Shaklee yang aktif berniaga, bonus tunai adalah merupakan bonus yang ditunggu-tunggu setiap bulan. Pada tarikh 15hb setiap bulan, Shaklee akan memberikan bonus kepada pengedar-pengedarnya mengikut jumlah pencapaian mereka pada bulan tersebut


Gambarajah di atas menunjukkan jumlah bonus tunai yang akan diterima oleh setiap pengedar berdasarkan berapa jumlah point yang berjaya dikumpul pada bulan tersebut. Tulisan berwarna merah adalah mewakili jumlah pembelian atau jualan pada bulan tersebut. Tulisan hijau pula mewakili jumlah point, tulisan ungu menandakan jumlah peratusan bonus yang akan diperolehi manakala tulisan biru pula mewakili jumlah bomus yang berjaya diperolehi pada bulan tersebut.

Perlu diingatkan di sini bahawa pengiraan bonus adalah bermula dari pembelian produk sebanyak RM 460.00 ke atas iaitu sebanyak 150uv / point. Pembelian bawah dari RM 460.00, tudak layak untuk mendapat bonus tunai. Sekiranya anda ahli Shaklee yang tidak aktif atau menjadi ahli untuk makan sendiri, anda juga layak mendapat bonus tunai sekiranya pembelian produk anda pada bulan tersebut melebihi dari RM 460.00 ke atas. Bestkan?

Formula mengira bonus tunai Shaklee



Untuk naik rank dari Distributor kepada Supervisor anda perlu dapatkan 3000 uv. Selepas tu anda perlu maintain efektif adalah dengan 2500 guv sahaja setiap bulan. Untuk pengetahuan anda, point yang ada pada bulan ini tidak boleh di bawa ke bulan depan.  Setiap bulan uv akan menjadi 0 semula. Jika anda join Shaklee untuk menambah pendapatan, anda perlu bekerja keras untuk mendapat bonus yang tinggi.


Shaklee adalah perniagaan MLM yang sangat adil dan patuh syariah. Kenapa saya kata macam tu? Di dalam Shaklee tiada istilah upline boleh goyang kaki, downline yang perlu kerja keras. Di Shaklee, sekiranya downline sahaja yang bekerja keras, upline tidak, upline tidak layak untuk mendapat bonus. Adilkan? Selain itu, produk Shaklee adalah jelas dan bukan sekadar satu perjanjian yang mana tiada produk yang ditawarkan atau produk yang ditawarkan tidak jelas. Sebagai contoh, jom kita lihat..

Apabila ada downline yang register bawah kita, kita akan dapat point dia juga.
Tapi dengan syaratminimum untuk kita dapat bonus adalah puv 150.


puv = personal uv
guv = group uv

Cth 1:

u = 148 pv (personal uv) = 0%
=1098 guv (group uv) = 11%

a = 50 pv = 0%
b = 600 pv = 11%
c=300 pv = 8%


Jadi yang dapat bonus hanyalah si b dan sahaja.
Upline si u tak dapat apa sebab puv kurang daripada 150 walaupun guv adalah 1098.

Cth 2:

u = 2000 pv (personal uv) = 17%
= 4850 guv (group uv) = 21%
(efektif sekiranya telah capai rank supervisor kerana capai guv 2500 ke atas)

a = 150 pv = 5%
b = 2400 pv = 17%
c=300 pv = 8%

Jadi yang dapat bonus adalah semua orang. tapi pengiraannya adalah berbeza

u dapat bonus daripada:

a : 17%-5% = 12%
b : 17%-17% = 0%
c: 17% - 8% = %

Oleh itu, jika uv downline lagi tinggi daripada uv upline.  upline tak dapat sebarang bonus.. Sebab inilah Shaklee adalah bisnes yang adil.Walaupun kita berada di peringkat manapun. yang penting usaha untuk dapatkan bonus.

Bukan goyang kaki je minta downline cari point. 

Ok, sekiranya anda masih belum jadi ahli dan berminat dengan pelan pemasaran Shaklee, jom jadi ahli. Saya akan membimbing anda sehingga anda mencapai bonus 4,5 atau 6 angka. Dengan Shaklee tiada yang mustahil.

Untuk mengetahui pula kiraan bonus kereta dan percutian. saya akan terangkan di entry yang lain. So, stay cun.... Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Sunday 27 November 2016

Kenapa Landmark Study sangat penting

Anda ingat lagi saya tentang post saya sebelum ni tentang Landmark Study Shaklee? Landmark Study ni satu kajian yang dijalankan ke atas penduduk US yang telah mengamalkan supplement Shaklee selama 20 tahun.

Kenapa nak buat kajian ke atas orang yang dah 20 tahun makan Shaklee? Kenapa tak buat je kajian pads orang yang baru 2-3 tahun makan Shaklee? Ha mestilah ada sebabnye.. 

Kesimpulannya Landmark Study ni dibuat untuk lihat sejauh mana keberkesanan  produk Shaklee ni.. Hasil dari kajian ni menunjukkan orang yang makan supplement selain dari  Shaklee adalah lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit berbanding orang yang langsung tidak mengambil sebarang supplement. Manakala, jumlah pengamal supplement Shaklee yang mendapat penyakit adalah sangat sedikit.

Kenapa jadi macam tu? Sebab supplement  Shaklee adalah dari bahan semulajadi dan telah ada bukti kajian saintifik. Bukan cakap kosong je. Supplement lain tiada jaminan yang supplement itu selamat. Mungkin di awal pengambilannya nampak berkesan tapi kita tak tahu kesan jangkamasa panjang.

Kita sebagai pengguna perlu bijak memilih. Kalau nak makan sebarang supplement pilihlah yang memang terbukti kebekersanannya secara saintifik dan ada bukti2 kajian tu.. jangan sampai tersilap buat pilihan.

"JOM PILIH SHAKLEE SEBAB IA DIJAMIN SELAMAT DAN BERKESAN"


13 Kebaikan Berpantang Dengan Set Berpantang Shaklee

Lagi beberapa hari je dah nak due bersalin. Anda dah cari ke supplement apa untuk di makan semasa berpantang nanti? Kalau anda masih tercari-cari set berpantang selepas bersalin nanti, saya cadangkan anda berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Set Berpantang Shaklee ni banyak sangat kelebihannya tau.. Jom kita baca..

Kelebihan Set Berpantang Shaklee


  1. Merupakan vitamin dari sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi
  2. Ia bukan jamu
  3. Tidak memberikan kesan yang panas kepada bayi
  4. Memberikan tenaga dengan segera
  5. Menambah susu ibu
  6. Bangun tidur dengan rasa segar dan cergas
  7. Menyembuhkan luka dengan segera terutama bersalin secara ceaserean / pembedahan
  8. Kulit semakin cantik
  9. Berat badan ibu turun dengan cepat
  10. Mengawal mood ibu untuk mengelak dari sindrom meroyan
  11. Wajah nampak segar dan tidak pucat walaupun baru seminggu melahirkan
  12. Bayi tidur dengan lena kerana susu ibu cukup
  13. Jarang jatuh sakit

Testimoni ibu-ibu yang berpantang dengan Set Berpantang Shaklee

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Dah teruja nak dapatkan Set Berpantang Shaklee ni? Jom hubungi saya dengan segera.. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Apa yang ada di dalam Set Berpantang Shaklee


Tempoh berpantang adalah satu proses penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Selain dari berbengkung, urutan selepas bersalin dan bertungku, pengambilan supplement juga adalah sangat penting untuk kesihatan dalaman yang mempercepatkan proses penyembuhan ibu selepas bersalin. Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba Set Berpantang Shaklee, ia adalah pilihan yang sangat bijak kerana set ini adalah bersumberkan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi dan tidak memberikan kesan rasa panas pada ibu dan bayi.



Apa yang ada di dalam Set Berpantang Shaklee


Set Berpantang Shaklee terdiri dari :

  • Set Asas 
  • Set Extra
  • Set Premium
Set Asas 


Set Asas adalah satu kombinasi vitamin Shaklee yang saling melengkapi bagi merawat bahagian dalaman ibu-ibu selepas bersalin. 

Set Premium





Set Premium adalah satu kombinasi vitamin Shaklee yang saling melengkapi bagi merawat bahagian dalaman ibu-ibu selepas bersalin yang ditambah dengan 2 lagi vitamin yang sangat baik dalam membantu dan menyokong penyusuan ibu

Set Extra




Set Extra adalah satu kombinasi vitamin Shaklee yang saling melengkapi bagi merawat bahagian dalaman ibu-ibu selepas bersalin, Membantu dan menyokong penyusuan ibu yang ditambah dengan 2 lagi vitamin yang sangat baik dalam membantu ibu menurunkan berat badan semasa berpantang


Fungsi setiap vitamin dalam Set Berpantang Shaklee


Vitalea




  • Membantu ibu bertenaga selepas bersalin
  • Mengandungi zat besi yang penting bagi mengekalkan Hb dalam darah ibu 
  • Menambah kekurangan nutrisi ibu yang berkurangan di dalam badan
B Complex

  • Merangsang penghasilan hormon Serotonin (hormon gembira)
  • Penting bagi mengekalkan mood gembira bagi ibu selepas bersalin
  • Penting bagi memastikan ibu tidak stress yang akan mengakibatkan penghasilan susu akan terganggu
Sustained Release Vitamin C


  • Merangsang penghasilan kolagen dan yang membantu baik pulih kulit dan luka
  • Mengelak kelenjar susu dari terluka 
  • Meningkatkan sistem imun ibu
  • Membantu menghasilkan kulit cantik berseri

ESP


  • Membantu ibu bertenaga semasa berpantang
  • Mengawal rasa lapar ibu semasa berpantang
  • Membantu ibu berasa cergas walaupun terpaksa berjaga di waktu malam
  • Merawat luka luaran dan dalaman termasuk luka selepas pembedahan
  • Meransang penghasilan susu yang banyak dan pekat
  • Mengurangkan kesan strechmark
  • Mencantikkan kulit dan membantu mendapatkan kulit yang anjal
Ostematrik

  • Melembutkan najis untuk mengelakkan sembelit
  • Mengurangkan rasa lenguh badan dan sakit pinggang ibu 
  • Membantu merangsang pengeluaran susu ibu
  • Membantu menghasilkan semula darah yang banyak hilang selepas bersalin
Alfalfa

  • Melawaskan ibu dan mengelakkan sembelit
  • Bertindak seperti kacip fatimah untuk merapatkan Miss V
  • Mengurangkan bacaan jaundis bayi
  • Mengurangkan dan merawat keputihan
  • Meransang pengeluaran susu ibu
Lecithin


  • Memecahkan lemak di dalam makanan yang dimakan
  • Membantu menguatkan memori ibu yang berpantang yang sering lupa
  • Membantu membina memory bayi yang menyusu 
  • Atasi masalah bengkak susu dan susu tersumbat bagi ibu yang berpantang
Di sebabkan kebaikan-kebaikan ini, tak hairanlah kenapa ramai ibu-ibu yang memilih Set Bersalin Shaklee sebagai supplement mereka ketika berpantang. Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Saturday 26 November 2016

Cara nak beli Shaklee secara pantas dan mudah

Bagi anda yang sentiasa sibuk dan tak sempat nak hubungi pengedar untuk membuat pembelian produk Shaklee, anda boleh memilih untuk membuat pembelian secara online. Untuk membolehkan anda membuat pembelian secara online, anda perlu membuat pendaftaran untuk menjadi ahli terlebih dahulu. Untuk membuat pendaftaran menjadi ahli anda boleh rujuk di sini

Cara beli Shaklee secara online


  1.  Pergi ke website www.shaklee2u.com.my
  2. masukkan id dan password
  3. klik icon membeli belah 
  4. setelah membaca terma dan syarat klik setuju
  5. masukkan maklumat untuk penghantaran produk
  6. klik sahkan
  7. pilih produk yang ingin dibeli
  8. klik tambah ke troli belanja
  9. jika ada pesanan lagi yang ingin dibuat klik teruskan pesanan, jika tiada klik hantar
  10. pilih cara pembayaran dan klik sahkan cara pembayaran
  11. buat bayaran

Mudahkan? semuanya dihujung jari, 

Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil

Kehamilan adalah salah satu tempoh yang paling penting bagi ibu untuk menjaga segala pemakanan yang diambil bagi memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat. Pengambilan vitamin adalah salah satu cara bagi melengkapkan nutrisi ibu dan bayi. 




Risiko kekurangan nutrisi ibu hamil terhadap bayi

1. Bayi kurang berat badan

Jika seorang ibu hamil mengalami kekurangan pemakanan, maka bayi dalam kandungan turut akan mengalami kurang nutrisi. Dengan kata lain, nutrisi dan mineral amatlah penting untuk pertumbuhan seumur hidup.
Sekiranya ibu tidak cukup nutrisi, akibatnya, bayi akan menunjukkan tahap pertumbuhan dan berat badan yang rendah. Berat badan kurang daripada 1.5kg ketika dilahirkan akan merisikokan bayi ditahan di wad disebabkan masalah berat badan rendah.
Selain itu kurang pengambilan pemakanan semasa mengandung akan menyebabkan sistem imun yang rendah, berisiko menghidap penyakit akibat jangkitan.

2. Berpotensi anak dengan IQ rendah

Kesan malnutrisi pada ibu hamil akan memberikan kesan kesihatan kepada bayi di sepanjang hidupnya. Bayi yang mengalami masalah malnutrisi akan menyebabkannya mudah terdedah kepada jangkitan, bukan sahaja di awal kelahirannya, bahkan pada masa dewasan kehidupannya.
Selain itu terdapat kebarangkalian yang tinggi bayi akan mengalami  gangguan kognitif serta IQ yang rendah secara langsung berkaitan dengan gejala kekurangan gizi, terutama selama masa kehamilan.

3. Pertumbuhan terbantut pada kanak-kanak

Anak-anak yang dilahirkan dari ibu yang tidak cukup nutrisi ini lebih terdedah kepada pertumbuhan yang rendah, kurang koordinasi, penglihatan kabur, kesukaran untuk belajar, dan banyak penyakit lain. Anemia merupakan salah satu penyakit yang disebabkan kerana masalah malnutrisi, yang memberi kesan kepada beberapa wanita hamil di seluruh dunia. Hal ini juga meningkatkan risiko kematian ibu dan bayi semasa melahirkan. Kesan serius lain adalah kelahiran pra-matang, kesukaran bersalin, pendarahan selepas bersalin, dan cacat lahir.

4. Malnutrisi semasa proses menyusu

Selain kesan semasa kehamilan, dalam proses menyusu juga sangat penting pengambilan makanan berkhasiat dan suplemen. Ini kerana bayi yang menyusu ibu memerlukan gizi seimbang yang hanya didapatinya melalui susu ibu.
Masalah kekurangan nutrisi ibu hamul boleh diselesaikan dengan pengambilan Set Hamil Shaklee Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA

Friday 25 November 2016

Harga Vitamin C Shaklee Mahal. Betul ke?

Mungkin anda dah baca tentang Set Cantik Shaklee pada entry saya sebelum ni. Dalam banyak-banyak vitamin dalam set tu, mungkin anda nak cuba Vitamin C dulu, tapi anda tak tahu harga, Ada yang kata vitamin Shaklee ni mahal. Betul ke? Ok meh saya terangkan harga vitamin C berbanding manfaat yang kita dapat dari Vitamin C Shaklee ni.

Kalau anda nak tahu, Nama sebenar vitamin C Shaklee ni adalah Sustained Release Vita C Plus, Oleh sebab namanye panjang beno. maka kami menyebutnya Vitamin C Shaklee je la.. Senang. hehe..

Harga sebotol Vitamin C Shaklee ni adalah RM98.05 termasuk GST. Sebotol ada 180 biji. Jika kita bahagikan harga sebiji vitamin C Shaklee ni hanyalah RM0.54 je. Kalau anda makan sehari 2 biji, sebotol vitamin C ni leh tahan dalam 3 bulan penggunaan. Sangat-sangat murah jika nak dibandingkan dengan kelebihannya berbanding dengan vitamin C yang lain di pasaran.


Setiap tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren (500mg) iaitu sebanyak 7.5 hidangan dan sebanyak 1.5 hidangan dibebaskan setiap jam ke dalam tubuh badan kita. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa mengambil 2 tablet vitamin C sehari mampu kekal di dalam darah kita selama 24 jam. Bestkan? Jadi pilihlah vitamin C Shaklee

7 sebab kenapa perlu memilih vitamin C Shaklee :


  1. Vitamin C Shaklee adalah semulajadi. Tidak mengandungi bahan pengawet dan ia sangat sesuia diambil oleh orang yang mempunyai masalah gastrik
  2. Vitamin C Shaklee mengandungi Bio-Flavonoid iaitu berfungsi untuk menjadikan Vitamin C lebih aktif bertindak. 
  3. Jika anda demam atau selsema, hanya patahkan 2 biji vitamin C dan telan. Ucapkan selamat tinggal kepada ubat-ubat doktor.
  4. Vitamin C Shaklee dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat ( sustained release). Satu biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 500mg. Setiap jam 100mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan.
  5. Vitamin C dapat diserap dengan baik pada dos yang rendah. Jika dos vitamin C tinggi, maka semakin kurang vitamin C yang akan diserap. (itu lah tujuan sustained release dicipta)
  6. Vitamin C Shaklee dihasilkan bersama-sama Bioflavonoids Complex. Bioflavonoids ini adalah antioksida yang terbaik yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Tiada di dalam Vitamin C sintetik. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga alzheimer
  7. Walaupun Vitamin Shaklee dilepaskan dalam masa 5 jam, ia tetap kekal di dalam badan selama 12 jam. Ia akan bekerja dulu di dalam badan sebelum ia keluar.
So, apa nak ditunggu-tunggu lagi? Jom hubungi saya segera untuk dapatkan vitamin C Shaklee ni. Dah banyak testimoni yang best-best tentang vitamin C Shaklee ni. Kalau anda nak dapatkan vitamin ni dengan harga yang lebih murah lagi, jom jadi ahli. Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Jom Cantikkan Kulit Dengan Set Cantik Shaklee

Bila sebut pasal kulit cantik, semua nak kulit cantik. Siapa yang tak nak. Betul tak? Tapi nak cantikkan kulit mesti lah ada caranya.Semakin usia kita meningkat, semakin berkuranglah kolagen di dalam badan kita. pengurangan kolagen akan menyebabkan pembentukan kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain seperti : 

  • kulit berkedut, kering dan melayut
  • kuku rapuh dan tidak kukuh
  • rambut halus dan gugur

Bagi anda yang ingin menjaga penampilan, menjaga kulit, tak nak nampak tua dari usia sebenar ini adalah satu petanda yang anda sayangkan diri anda. Tahniah saya ucapkan. Bukan semua orang ada kesedaran macam ni tau.. Anda nak kulit cantik dan sentiasa awet muda walaupun dah berusia? Shaklee ada jawapannya.

Set Kulit Cantik Shaklee

Set Kulit Cantik Shaklee terdiri dari beberapa jenis vitamin iaitu :

1. Vivix


Vivix bertindak untuk pemulihan sel kulit dengan cara :

1. Membantu melindungi dan membaiki DNA
Kandungan Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA. Setiap hari, sel-sel tubuh badan kita diserang oleh hampir sejuta agen yang mampu merosakkan DNA kita. Ia mampu merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan ‘typo’ (kesilapan susunan DNA dari yang asal) yang mana ini boleh mengganggu fungsi sel. Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis anti-oksidan yang sangat hebat dan terbukti membantu melindungi DNA dari terus rosak. Pada masa yang sama membetulkan sel-sel yang telah rosak.
2. Pengawalaturan gen
Kerosakan dan kecacatan DNA boleh menyebabkan kemerosotan umur pada tahap sel. Dalam satu penemuan utama ramuannya, Vivix membantu mengaktifkan satu sistem pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan terus pada tahap sel.
3. Biogenesis Mitokondria
Mitokondria sangat penting dalam penghasilan tenaga yang diperlukan oleh sel. Mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh. Apabila jumlah mitokondria berkurangan, kecekapan sel badan dalam menghasilkan tenaga juga berkurangan. Salah satu kelebihan Vivix adalah ia menggalakkan biogenesis (penghasilan baru) bagi memastikan penghasilan tenaga sentiasa mencukupi seperti yang diperlukan oleh sel.
4. Melambatkan pembentukan proten AGE
Pembentukan dan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sel yang mengganggu kekuatan dan jangka hayat sel. Ramuan Vivix yang mengandungi 10x ganda resveratoral (kandungan unik dalam Anggur Muscadine) sangat membantu melambatkan pembentukan protein AGE itu tadi.
Dengan penemuan-penemuan ini, Vivix terbukti mampu mengaktifkan pengawalan utama genetik yang membantu melambatkan proses penuaan pada peringkat sel lagi.

2. Shaklee Collagen Powder 

Shaklee Collagen Powder terbukti sangat berkesan dalam merawat kulit.


Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut
69% peningkatan terhadap kelembapan kulit

75% peningkatan terhadap kelicinan kulit

90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit

80% pengurangan kedutan diwajah


3. ESP



ESP bertindak untuk mencantikkan kulit dengan :

  • Membentuk kolagen pada kulit
  • Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit
  • Melindungi sel-sel dari kerosakan, mengecilkan pori-pori muka
  • Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel-sel kulit yang baru

4. Vitamin E

Vitamin E bertindak dalam mencantikkan kulit dengan :


  • Menjaga dan memperbaiki kulit, meneutralkan radikal bebas dan kerosakan sel.
  • Mencegah premature aging ( tua sebelum usia). 
  • Menghalang pembentukan garis-garis halus (kedutan). 
  • Mencegah pembentukan kedutan dengan cara meransang pembentukan kolagen, menyokong pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit. 
  • Memperbaiki serta memudarkan parut-parut jerawat. 

5. Vitamin C



Vitamin C bertindak untuk mencantikkan kulit dengan :


  • Membentuk kolagen. Kolagen adalah asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari, untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


6. B Complex

B Complex bertindak merawat kulit dengan :

  • Melancarkan perjalanan darah. Bila perjalanan darah lancar, kulit akan nampak lebih cantik (glowing). 
  • Mengekalkan kulit dalam keadaan tidak kering. Kulit yang tidak kering nampak lebih sihat dan gebu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan penuaan. 


Ha ini lah rangkaian vitamin-vitamin untuk cantikkan kulit. Masih belum rasa terbakar lagi dengan testimoni yang saya bagi ni? Ha meh saya blanje lagi testimoni-testimoni lain..







Cukup la dulu kan testimoni yang saya bagi ni.. banyak nye vitamin yang saya kena ambil? Jangan risau. sebenarnya vitamin ni adalah cadangan. Kalau anda ambil lengkap satu set memang superb kesannya. Kalau anda nak cuba yang basic dulu pon boleh. Jangan risau. Eh, jom la whatsapp saya, saya akan konsult anda vitamin mana yang sesuai..

Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Arkib Blog

Powered by Blogger.