Monday 21 November 2016

9 Petua atasi rambut gugur secara semulajadi

Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan pula petua untuk mengatasi rambut gugur. Rambut gugur ni memang dah jadi salah satu perkara yang sangat merisaukan semua orang. Ye lah, bila sikat rambut je mesti banyak rambut yang gugur dan terlekat pada sikat. Kadang-kadang tu time mandi pon kita boleh nampak banyak rambut yang gugur. Apa yang menakutkan lagi bila rambut semakin menipis dan kulit kepala sangat mudah kelihatan. Oh tidaaakkk!!!


Punca rambut gugur

  • Penggunaan bahan kimia yang berlebihan.
    Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.
  • Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita).
    Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
  • Faktor genetik.
    Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.
  • Masalah aliran darah tidak lancar.
    Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
  • Selalu menarik rambut.
    Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

Petua atasi rambut gugur secara semulajadi

Petua 1

Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3:

 Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Petua 4:

 Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Petua 5

Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Petua 6

Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Petua 7

Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 8:

Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Petua 9

Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

Bagi anda yang menghadapi masalah keguguran rambut, boleh lah mencuba petua-petua yang saya sharekan ini. Akan tetapi jika anda tiada masa untuk menyediakan bahan-bahan seperti di atas ini, anda juga boleh mengamalkan supplement Shaklee bagi menyelesaikan masalah anda.

Vitamin Shaklee yang membantu merawat masalah rambut gugur


B Complex Shaklee adalah satu-satunya vitamin yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. B-Complex membantu untuk kesihatan rambut dengan 4 cara : -

  • terlibat dalam pembentukan rambut yang sihat.
  • melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar yang rata
  • B-Copmplex yang cukup akan menguatkan rambut agar tidak mudah retak.
  • membantu mengekalkan warna rambut, penting mencegah rambut beruban.  

Protein merupakan asas bagi rambut sihat yang cantik. hakikatnya, rambut kita terdiri daripada paling kurang 97% protein. 19 daripada 22 jenis asid amino yang membentukkan rambut kita. Jelas tak sekarang kenapa keadaan rambut kita bergantung penuh kepada kualiti protein yang kita ambil.

Kalau kita tak pernah kisah dengan kualiti dan kuantiti protein yang kita ambil, so kita boleh jangka macammana keadaan rambut kita. Rambut kita akan menjadi bercabang, retak, kering, rapuh dan kurang bersinar.

Ini semua tanda-tanda bekalan protein yang tidak cukup. Untuk mendapat sumber protein yang lengkap amalkan lah pengambilan ESP secara konsisten.


Omega Guard adalah minyak ikan Omega 3 yang tinggi kandungan EPA dan DHAOmega Guard membantu dalam :-

  • Meningkatkan keutuhan rambut agar tidak mudah putus
  • Menyuburkan folikel rambut 
  • Boleh membantu pertumbuhan semula rambut
  • Menambah kekuatan dan ketebalan rambut
  • Baiki kulit kepala yang kering dan menggelupas
  • Tingkatkan peredaran darah dikulit kepala
Omega Guard mempunyai EPA dan DHADHA sangat penting dan mempunyai pengaruh besar terhadap keguguran rambut. Antara punca keguguran rambut adalah kekurangan DHA.

Ibu selepas bersalin akan mengalami fasa keguguran rambut yang agak kritikal. Antara punca yang boleh dikaitkan ialah si ibu kekurangan DHA kerana pada masa tersebut adalah fasa 'growth spurts ' untuk bayinya.

Badan akan menarik banyak DHA dari otak dengan ini meyebabkan banyak rambut yang gugur.

Lecithin akan membantu rambut kita lebih tebal dan sihat, Bukan untuk slim aje tau. Setiap helai daripada kira-kira 120, 000 rambut kita tumbuh dari folikel (sejenis pundi) yang mengandungi akar rambut.

Folikel akan menerima nutrien yang kita perolehi dan membekalkan sel-sel baru yang akan membentuk rambut. Rambut yang baru ini akan menggerakkan folikel dan menolak sel-sel rambut tua dihadapannya.

Apabila rambut baru ini tumbuh, makin meninggi, rambut ini akan dilicinkan oleh kelenjar sebum (sebaceous gland) yang berminyak.

Lecithin mengandungi beberapa jenis asid lemak yang perlu bagi membolehkan pergerakan rambut menerusi folikel berjalan lancar tanpa kecederaan.

Kekurangan pelincir (asid-asid lemak) akan merosakkan rambut menyebabkan pertumbuhan rambut terbantut dan malap.

Lecithin juga mengandungi 2 jenis vitamin B iaitu kolin dan inositol, kedua-duanya sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Vitamin rambut ini membantu menebalkan rambut serta menghasilkan sinaran.

Bagi anda yang malas sangat nak amalkan petua-petua tradisi ni, anda amalkan je lah supplement Shaklee.. Next entri saya akan kongsikan testimoni-testmoni tentang berjaya atasi rambut gugur dengan Shaklee ye.. 

Stay cun.... 


1 comment:

  1. Rasa sejuk je kulit kepala selepas cuci dengan aloevera

    ReplyDelete

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Arkib Blog

Powered by Blogger.