Thursday 29 December 2016

8 Tips marketing online berkesan yang saya lakukan setiap hari


Hai semua. Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips yang saya lakukan selama 5 tahun saya berbisnes online. Mungkin ada di kalangan kita yang baru berjinak-jinak dengan bisnes online tidak tahu bagaimana teknik atau tips yang berkesan yang boleh diamalkan. Sekiranya anda nak tahu apa yang saya lakukan. jom teruskan pembacaan anda.. 

Tips marketing online berkesan yang menjadi amalan saya :



1) Medium utama saya dalam bisnes ni adalah blog dan facebook. Untuk mahir berblog, saya perlu belajar, hadir ke kelas blog dan sebagainya. Belajar sampai pandai. 

2) Setiap hari saya akan paksa diri saya untuk update sekurang-kurangnya 2 tajuk sehari di dalam blog. Ini adalah sangat penting untuk jadikan blog kita sentiasa berada di rank teratas di carian google. Manakala di facebook pula saya akan update sekurang-kurangnya 10 post sehari (yang berkaitan bisnes). Ini amat penting bagi menaikkan sales kita.

3) Update status bisnes di facebook pada waktu-waktu yang tinggi trafik . (waktu pagi sebelum waktu pejabat, tengahari waktu lunch, petang ketika habis waktu pejabat dan malam ketika orang tengah berehat bersantai sebelum tidur..

4) Sentiasa mengikuti perbincangan mengenai produk di dalam whatsapp group dan group bisnes kami. Masa ini lah saya belajar tentang produk. Best tau.. Saya paling suka ikut kelas live di facebook yang dianjurkan oleh upline saya. Macam datang kelas real rasanya.

5) Perlu rajin membaca, walaupun saya agak kurang gemar membaca, saya perlu paksa diri untuk rajin membaca. tak kira lah buku produk ke.. motivasi ke... agama ke.. asalkan yang boleh bagi manfaat pada saya dan bisnes.

6) Perlu ada to do list - bila ada to do list ni kita dah merancang terlebih dahulu apa yang kita akan lakukan pada keesokan hari

7) Bila dah jadi surirumah, saya perlu utamakan kerja-kerja di rumah terlebih dahulu, kemas rumah, masak, basuh kain, sidai kain, jaga anak.. Bila semua dah settle dan anak dah diuruskan dengan baik, baru lah boleh nak update status facebook atau blog. Bukan mudah sebenarnya. Kena pandai urus masa..

8) Amalan rohani paling penting - cuba solat awal waktu, mengaji al quran, buat solat sunat contohnya sunat dhuha, dan berdoa dengan jelas.. Dalam bisnes ni penggantungan harapan kepada Allah SWT adalah sangat utama. Kerana Dia lah pemberi rezeki kepada kita. Bila kita utamakan Allah, insyaAllah Allah akan mudahkan perjalanan bisnes kita.. 

Ini lah sedikit sebanyak tips saya menguruskan bisnes secara online. Bisnes secara online la yang paling mudah sebab kita tak perlu nak jumpa orang ramai untuk promosi apa yang kita jual. Just share di blog, fb, instagram, twitter dan sebagainya kita dengan mudah akan dapat pelanggan. Mudah kan?

Nak join saya buat bisnes Shaklee? Nak rasa pendapatan sehingga kita boleh duduk rumah buat bisnes? Nak rasa duduk rumah buat bisnes sambil tu boleh tengok anak depan mata? Jom whatsapp saya 0136969805. Saya akan bimbing kalian sehabis baik.. Janji perlu ada dalam diri kalian semangat untuk berjaya. Jom Shaklee!!


0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Arkib Blog

Powered by Blogger.