Friday 2 December 2016

9 Cara Bagaimana Nak Kurus Tanpa Ubat

Berat badan dah naik? Adoiii! Ini lah yang selalu menjadi mimpi ngeri setiap orang. Pantang berat badan naik sikit, dah risau, dah tak nak makan langsung, dah tak boleh tidur malam. Eh, jangan la ma macamtu.. Banyak cara kita nak turunkan berat badan ni.. Jom ikut perkongsian saya ni.

9 Cara Bagaimana Nak Kurus Tanpa Ubat


1. Setkan minda untuk kurus

Ini sangat penting. Apa jua yang kita nak lakukan mesti mula dengan niat dan mind setting yang betul. Bila dah set dalam kepala nak kurus, kita mesti lakukan. Jangan asyik nak bertangguh dan cari alasan

2. Pelajari ilmu tentang kalori

Bila rasa nak turunkan berat badan, kita perlu tahu jumlah kalori yang kita perlu ambil dalam sehari. Jangan ambil lebih dan jangan pula ambil kurang. Kalau kurang kalori, lapar pulak kita nanti. Tu yang jadikan kita asyik nak makan je.

3. Makan dalam kuantiti yang kecil

Setiap kali makan, perlu jaga portion makanan, jangan ambil terlalu banyak. Makan secara kerap, tapi dalam kuantiti yang sedikit

4. Elakkan makan waktu malam

Waktu ideal untuk mengambil makan malam adalah seawal 6.30 petang. Paling lambat pon sebelum pukul 8 malam. Ini adalah kerana makanan memerlukan 4 jam untuk hadam. Kalau kita makan pukul 10 malam, pukul 2 baru boleh kita tidur.  Nabi pon dah ajarkan.... 

5. Elakkan makanan dan minuman bergula

Tahukah anda pengambilan gula adalah penyebab utama berat badan naik dan berlakunya masalah kegemukan? Cuba elakkan gula, pasti berat badan anda mudah turun.

6. Tukar kepada makanan rendah lemak

Kalau selalu kita makan makanan yang tinggi berlemak, jadi tukarlah pola pemakanan kita. Kalau selalu pagi-pagi makan nasi lemak, tukar lah kepada sarapan dengan roti. Kan berkhasiat tu?

7. Banyakkan makan buah

Bila rasa lapar, makan lah buah. Bila makan buah, pasti anda akan rasa kenyang. Banyak vitamin yang kita boleh dapat bila makan buah. Makan buah, kulit pon cantik., Tak nak ke?

8. Banyakkan minum air masak

Minum air masak adalah salah satu cara untuk hilangkan rasa lapar. Seotang individu perlu minum sekurang-kurangnya 3 Liter air masak dalam sehari. Selain dari tu kesihatan pon akan terjaga. Toksin juga jadi penyebab badan jadi gemuk. Bila banyak minum air masak, toksin pon akan keluar melalui air kencing

9. Banyakkan berjalan atau berjogging

Tips yang paling mudah, jika selalu anda naik lif di pejabat, apakata anda naik tangga pula. Bila naik tangga banyak pergerakan kita buat. Dalam masa yang sama lemak pon akan pecah. Bestkan?

Mudahkan tips-tips yang saya share ni. Bila kita ubah gaya hidup, pasti ada perubahan.. Jom kuruskan badan 😊





0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Arkib Blog

Powered by Blogger.