Monday 6 February 2017

Apa kelebihan Lecithin sampai ia jadi supplement kegilaan ramai

Anda pernah dengar tentang Lecithin? Lecithin adalah di antara supplement Shaklee yang selalu je cepat habis. Nak tau kenapa? Orang ramai dah mula mengakui kebolehannya membakar lemak untuk membantu mengurangkan berat badan dan mengawal kolestrol. Bestkan? Selain tu, Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan manusia tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan


Keistimewaan Lecithin Shaklee :

Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. Tiada pengawet, perwarna dan perasa tiruan. Ia telah pon disahkan halal.




Apakah fungsi Lecithin?



  • Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan lecithin sebanyak 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

  • Kenapa orang yang nak mengurangkan berat badan perlu ambik lecithin? Sebab ia bertindak memecahkan lemak. Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel bdn. Tanpa lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Antara faktor yang boleh menyebabkan membran sel mengeras adalah seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, perasa makanan, racun serangga dan sebagainya.

  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf kurang efisien. Sebab tu individu yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.

  • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang yang penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter untuk menguatkan daya ingatan. Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi individu yg menghidap alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang termasuklah sistem penghadaman.

  • Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

  • Lecithin, bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE. Bile mempunyai peranan penting dalam sistem penghadaman dan fungsinya pula mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin ADEK ke dalam badan.

  • Lecithin juga banyak membantu ibu-ibu yang menyusukan anak. Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat, membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu, membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short term memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan dan membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.
Bestkan Lecithin ni, Memang tak rugi beli. Apa? Dah tak sabar-sabar nak ambil Lecithin? Ok jom cepat-cepat hubungi saya sebelum terlambat.


0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.