Wednesday 12 April 2017

3 Sebab Utama Kenapa Vitamin Wajib Diambil Di Zaman Moden ni

Sejak dah berkecimpung dalam dunia supplement ni, banyak juga soalan tentang keperluan vitamin ni. Tak kira la soalan ni dari customer saya mahu pun kenalan rapat saya. Antara soalan yang diajukan :


  • Perlu ke makan vitamin ni?
  • Orang muda dan sihat perlu ambik vitamin jugak ke?
  • Bukan ke vitamin ni untuk orang yang dah sakit je?
  • Saya ni rajin riadhah. dah cukup sihat dah. Tak perlu dah makan vitamin
  • Vitamin ni untuk orang yang suka makan fastfood je. Saya ni jaga makan ikut piramid makanan tau. seimbang sangat. tak payah dah vitamin-vitamin ni
  • Orang yang tak makan sayur/buah je yang selalu sakit ni. Saya tak pernah skip sayur/buah setiap kali meal. so mustahil nak kena apa-apa kanser pun”


Sebelum saya meneruskan penerangan ni, kita perlu faham bahawa vitamin ni BUKAN ubat yang perlu dimakan SEMASA sakit. Sebaliknya kita makan vitamin ni SEBELUM sakit. (kalau boleh dan lebih elok). Tapi bukan bermakna kalau dah sakit tak boleh makan dah vitamin ni.. Ya.. still boleh dimakan.. Tapi mencegah tu kan lebih baik dari merawat.

Kenapa Vitamin Wajib Diambil Di Zaman Moden ni?

1) Sumber protein yang paling murah



dalam banyak-banyak daging, ayam daging lah sumber protein paling murah; ~RM6.80/kg pada zaman sekarang ni. Sebab tu kebanyakan daripada kita makan lagi banyak daging ayam daripada daging-daging lain. Tapi anda tahu tak apa masalah ayam daging zaman sekarang ni?

Hakikatnya, hampir semua ayam daging yang kita makan ni disuntik hormon supaya cepat besar dan berat pun lebih besar daripada dulu kerana penternak nak ayam-ayam yang mereka jual ni lebih cepat besar supaya lebih banyak dan lebih cepat untung. Kalau tak suntik, ayam-ayam ni akan jadi lambat besar sampai bisnes penternakan mereka tak balik modal. 

Kesimpulannya ayam-ayam yang kita makan ni ada macam-macam bahan kimia dan tentulah tak selamat untuk tubuh badan kita..

2) Buah dan sayur dah tak cukup nutrien


Zaman dulu nak tuai padi 2 kali je setahun tapi sekarang dah boleh tuai 4 kali setahun. Teknologi jadi makin maju sampai kita boleh percepatkan dan gandakan tuaian. Namun, tahu tak apa kesan sampingan disebaliknya?

Masa padi hanya boleh dituai 2 kali je setahun dulu, tanah-tanah sawah tu cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang dah hilang tu. Jadi, padi-padi yang terhasil masa tu bukan setakat boleh buat kita kenyang je tapi juga boleh bagi cukup nutrisi.

Tapi bila dah sampai 4 kali setahun, tanah dah tak cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah. Baru je kembalikan separuh nutrisi kita dah tuai semula. Akibatnya, walaupun hasil tuaian padi naik 2 kali ganda tapi nutrisi yang terkandung dalam setiap biji beras yang kita makan tu semakin berkurangan.

Begitu jugalah pada apa-apa jenis tanaman pun seperti sayur sawi, sayur kangkung, buah tembikai, buah durian dan sebagainya. Walaupun kita rasa macam banyak makan buah/sayur, tapi nutrisinya dah jauh lebih berkurang. 

Se;ain tu kita tengok juga pada buah-buahan yang harganya murah banyak guna macam-macam pestisid, racun & bahan kimia. Contohnya buah tembikai ada yang disuntik warna merah supaya isinya nampak sedap sangat. durian pula direndam pewarna kuning/hijau bagi nampak asyik. tak ke haru?

3) Udara tak bersih

Majoriti penduduk Malaysia memang tak pernah bersenam pun sepanjang minggu lepas dan pasti kekal malas nak bersenam 7 hari akan datang.

Berapa je lah kalori yang terbakar kalau setakat seterika baju sekolah anak-anak? Mop lantai? Cuci pinggan? dan bandingkan lah pula dengan berapa pinggan nasi lauk ayam yang kita dah makan hari tu? belum lagi masuk air manis, teh tarik madu special, kari kepala ikan terlajak laris, sup kambing super-power atau menu extra kalori macam roti canai bagai tau.

Segelintir yang rajin bersenam pula suka buat kat outdoor, fresh air katanya. tambahan pula, nak bersenam kat gymnasium mahal, dekat RM200 sebulan. Lepas minyak pergi-balik kerja juga tu.

Namun, tahu tak ada macam-macam asap beracun kat udara kita sekarang ni? asap kilang, asap jerebu dan asap kereta. Lagilah majoriti kita duduk dekat kawasan pekan/bandar sebab nak dekat dengan tempat kerja.

Kajian membuktikan udara kita yang tercemar ni adalah punca macam-macam penyakit pernafasan sekarang yang boleh membawa kematian.

Kesimpulannya.......

Kalau kita cukup bersenam sekalipun kita tetap perlukan vitamin sebagai pendinding (tingkatkan imunisasi badan) lawan macam-macam penyakit. Shaklee ada Nutriferon untuk ini.

Walaupun dah cukup makanan seimbang kita tetap perlukan vitamin untuk detox macam-macam benda yang tak elok yang kita terpaksa telan selama ni. Shaklee ada Set Detox untuk ini.

Walaupun hari-hari makan sayur/salad/buah kita tetap perlukan vitamin untuk cukupkan nutrisi yang makin berkurangan dalam hasil tanaman. Shaklee ada vitamin A-Z untuk ini.

Vitamin bukan lagi jadi pilihan. Kita semua, keluarga kita dan orang lain pun sangat-sangat perlukan vitamin. Tambahan pula, kita dah tak hidup zaman atuk/nenek kita yang suci murni tu. kita sedang hidup di zaman pengilang, petani dan penternak yang sanggup buat apa saja nak untung banyok. Lebih parah, situasi ni akan jadi makin teruk sebab semua pun tak sanggup nak:

  • belanja lebih nak tapis asap-asap kereta sampai bersih
  • biar ayam-ayam tu membesar secara normal, biar kecik pun
  • kurangkan hasil tanaman supaya nutrisi tanah kembali pulih 
Tak sanggup kan?

Jadi, kita lah yang perlu sihatkan diri sendiri dengan tak tinggal makan vitamin-vitamin ni. Tapi perlu diingat, bukan lah maksudnya kalau makan vitamin ni kita takkan mati. Cuma vitamin ni lah pendinding yang kita ada supaya risiko nak kena apa-apa penyakit tu jadi lebih rendah. 

So, bagi anda yang ingin dapatkan vitamin Shaklee, atau ada apa-apa pertanyaan boleh lah menghubungi saya segera k..



**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda




0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.