Wednesday 30 August 2017

4 cara berimpian yang betul supaya jadi kenyataan

Biasakan kita dengar, orang yang berjaya ni rahsianya mereka sentiasa meletakkan impian mereka sebagai 'push factor' untuk berjaya. Tak salah untuk kita berangan-angan atau berimpian, tapi tahukah anda sebenarnya nak berimpian ni ada caranya. Kalau sekadar berimpian tapi tak ikut cara yang betul akhirnya kita akan gagal. Nak tahu bagaimana nak berimpian? Jom kita baca perkongsian yang saya ambil dari FB page IReach




Cara berimpian yang betul 


1. Tulis impian anda. 


Adakan satu buku khas untuk impian anda sahaja, mulakan dengan 101 impian dari sekecil-kecil impian sehingga sebesar-besar impian. Bila rasa teringin nak sesuatu tulis lagi dan tulis lagi.

Bila kita tulis dalam buku, tanda kita betul-betul nak dan terus sampai ke otak dan disimpan.

Kekuatan dari impian yang bertulis membuatkan anda dekat dengan goal anda dan ada gambaran yang jeles tentang apa yang anda inginkan.

Jadi otak akan mencari jalan bagaimana untuk membuat impian anda tercapai

2. Tips apa nak tulis dalam buku impian. 


"Saya nak tulis impian tapi tak tahu macamana nak mulakan". 

Jawapannya, mudah je. Mula-mula, muka surat pertama anda mesti tulis :

DOING: Apa yang ingin saya lakukan?

BEING: Saya ingin menjadi apa

HAVING: Apa yang ingin saya miliki

CREATING: Apa yang ingin saya ciptakan

EXPERIENCING: Apa yang ingin saya alami

CONTRIBUTING: Apa yang ingin saya sumbangkan

Muka surat kedua tulis :

Impian saya (nama anda) adalah:

untuk nak tulis impian refer pada muka surat satu. contohnya apa yang saya nak lakukan?

Contohnya : impian saya nak travel ke New Zealand pada Disember 2017

dan seterusnya

3. Buat impian secara spesifik dan jelas. 

Ramai orang tulis general je impian.
contohnya "saya nak keluar negara".

Tapi...

Luar negara tu ke mana?
Bila nak pergi?
Dengan siapa nak pergi?
Naik kapal terbang apa?

Jika nak jelas lagi dalam buku impian tu tampak gambar-gambar yang membuatkan anda lebih jelas dengan impian anda.

4. Yakin yang Allah akan memakbulkan impian kita

Tak usah ragu tak usah rasa 'boleh ke?' Sandarkan impian kita pada Allah,

Ini kerana kalau bumi yang besar ini pun Allah ciptakan apa la sangat dengan impian anda yang kecil tu

Jadi, setiap orang harus tulis impian. Bila dah setahun or 6 bulan tengok balik buku impian anda dan 'cross' mana dah capai.

Kadang-kadang boleh nangis, eh rupanya ada dalam impian aku atau eh dah half rupanya impian aku dah tercapai

Anda dah buat buku impian? Kalau belum jom kita tulis impian kita mulai dari sekarang. 



0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.