Friday 4 August 2017

8 kelebihan detox terhadap tubuh badan

Seperti yang kita sedia maklum, detox adalah merupakan cara kita mengurangkan toksik berlebihan yang ada di dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detox dalam badan kita. Sekiranya kita mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan kita berbagai kesan positif 




8 kelebihan detox terhadap tubuh badan


1. Mengurangkan berat badan




Toksin akan memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang menyebabkan berat badan bertambah. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak kita adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi yang mengakibatkan lebih banyak lemak akan terkumpul. Lambat laun, sel lemak baru ni akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya ia tidak dapat berfungsi dengan baik malah langsung tak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi. So, dengan berdetox dapat lah kita membuang toksin yang menyebabkan berat badan susah nak turun. Bila toksin dah dibuang, maka mudahlah berat badan kita turun.

2. Melegakan kembung perut dan sembelit


Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan kita, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahan lahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem kita. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan kita juga akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan kita mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan kita dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, kita boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh badan.

3. Memberi tenaga


Tubuh kita mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi. Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan kita cepat berasa  letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh kita dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ia membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh kita lebih tenaga dan stamina untuk melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan.

4. Mengurangkan nafsu makan




Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!).

5. Kulit akan jadi semakin cantik


Kulit merupakan organ luaran kita yang paling besar dan ia melambangkan kesihatan dalaman kita. Kulit akan membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh kita dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah kita. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan kita dan apabila ia tidak lagi terkumpul, kita akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit. Nak cantikkan kulit? jom detox.

6. Mengurangkan tekanan


Apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda kita akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh badan, kebolehannya untuk menyerap nutrien juga akan menurun dan tubuh badan kita semestinya tak happy dengan perkara seperti ini – ia benar-benar menakutkan apabila ia mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi, jika toksin telah dikeluarkan, kita boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh kita untuk hilangkan tekanan. Pembersihan dapat memperbaiki ketajaman minda dan membolehkan kita untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti. Best kan?

7. Menguatkan sistem imun


Radikal bebas akan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal ini akan berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi anda dan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu anda untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang boleh didapati secara percuma ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!

8. Tidur lebih lena


Toksin, terutamanya besi berat, akan menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas. Ia juga mengakibatkan hormon tidur kita meningkat dan mengganggu corak tidur dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Dengan melakukan detox, ia dapat membantu kita tidur lena dan dapat rehat yang lebih berkualiti.

Kesimpulannya, detoks merupakan langkah penting dalam memperolehi kesihatan keseluruhan yang lebih baik. Nak buat detox yang terbaik, pilihlah berdetox cara Shaklee.

SET DETOX SHAKLEE

Nak dapatkan Set Detox Shaklee? Anda boleh dapatkan Set Detox Shaklee dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Set Detox Shaklee  dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805

0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.